Sunday, 7 April 2013

1. Maklumat Asas

Nama/jenis kegiatan ekonomi
 
Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penanaman padi dan tergolong dalam aktiviti pertanian.
 
Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi
 
Padi mula di perkenalkan oleh puak Deutro-Malaya di Kepulauan Melayu sejak tahun1599 sebelum masihi yang berhijrah ke rantau ini. Pada masa yang itu kepulauan Melayudidiami oleh Proto-Melayu. Sejak itu kedua-dua puak ini menjadikan padi dan seterusnyaberas makanan harian mereka.
Sekitar tahun 1820an, Semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanian dan kelautan. Dalam bahagian pertanian, yang terdiri daripada negeri Kedah, Perak, Patani dan Terengganu, terdapat penduduk yang bergantung tetap pada pertanian. Di samping pertanian, mereka turut terlibat di dalam bidang perikanan dan perdagangan. Kedatangan Inggeris telah mewujudkan ekonomi penjajahan di Tanah Melayu.

Pada abad ke-19, kegiatan utama masyarakat Melayu ialah pertanian yang diusahakan dalam dua bentuk tanaman iaitu huma dan sawah. Tanaman huma melibatkan pembersihan hutan untuk satu atau dua musim tanaman; kemudiannya ditinggalkan menjadi hutan semula. Tanaman sawah atau bendang pula melibatkan tanaman padi dan sayur-sayuran serta pokok buah-buahan di kawasan tanah yang berhampiran.

Delta besar dan subur di Kedah mempunyai sejarah awal petempatan petani yang berasaskan tanaman sawah. Keperluan petani adalah sederhana dan mereka menitikberatkan keperluan asas. Ekonomi masyarakat ketika itu adalah berasaskan sara diri. Kegiatan asas pertanian adalah tanaman padi. Tidak semua negeri menghasilkan lebihan. Hanya kawasan lembah yang subur berupaya mengeksport beras ke negara jiran.

Kedah umpamanya membekalkan beras ke Pulau Pinangdan negeri-negeri jiran. Pada suatu ketika, Kedah mengeksport 2,000 koyan beras ke Pulau Pinang, tetapi selepas tahun 1820 eksportnya jatuh kira-kira 100 koyan padi dan 50 koyan beras. Ketika lawatan Frank Swettenham ke Kedah pada tahun 1889, beliau menyatakan bahawa sawah padi di negeri itu adalah lebih luas berbanding negeri lain di Semenanjung.

Tentang kepentingan beras dalam ekonomi Kedah bukan sahaja boleh dilihat dari segi keaktifan perdagangan eksportnya ke negeri-negeri jiran, tetapi turut termaktub di dalam Undang-Undang Kedah sendiri. Daripada empat kanun, dua secara langsung mencerminkan tumpuan kepada pertanian negeri. Kanun kedua iaitu Undang-Undang Datuk Seri Paduka Tuan 1667 menyentuh tentang pelbagai aspek pertanian, khususnya mengenai tanaman padi sawah di samping pembinaan terusan Wan Mohd Saman untuk tujuan pengairan dan meningkatkan hasil pertanian.
(BOLEH SERTAKAN PETA KAWASAN PENANAMAN PADI DI MALAYSIA)

Lokasi/tempat kajian
 
Kawasan kajian saya adalah ............................................................ (berikan alamat dan sertakan peta lokasi )dalam Daerah .........................
 
Pihak yang mengusahakan/individu/kelompok masyarakat yang mengusahakan
 
Saya telah berpeluang untuk mengadakan kajian tentang penanaman padi yang diusahakan oleh ........................................... dan isteri beliau Puan ........................................................... .Mereka juga telah mengerjakan sawah padi bersama dengan anak-anak mereka (sebutkan nama).sebilangan besar penduduk Kampung .......................... adalah pesawah atau penanam padi.
.

2.LATAR BELAKANG
Tujuan dijalankan
 
Proses/cara pelaksanaan
Ceritakan bagaimana berlaku proses penanaman padi sehinggalah padi dituai.
 
Peralatan/kaedah yang digunakan
 
Produk yang dihasilkan
 
Tempat/kawasan (bengkel/keluasantanah dan sebagainya)
 
Kos pengendalian
(Pilih mana-mana empat aspek)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, 1 April 2013

KERJA KURSUS 2012 DAN 2013

Soalan yang dikemukakan pada tahun 2013 sekali pandang bersamaan dengan soalan 2012.Perbezaan yang ketara adalah kepada pendekatan yang perlu dibuat iaitu pada 2012 tumpuan adalah kepada PRODUK manakala pada tahun 2013 Fokus  adalah kepada PENGUSAHA(INDIVIDU ).Pelajar-pelajar boleh menggunakan contoh kerja kursus PMR 2012 tetapi pendekatan penuisan adalah berbeza.Terdapat juga bahan-bahan yang diulang dan boleh digunakan untuk kerja kursus 2013.
Definisi kegiatan ekonomi teradisional
  1. -          Bersifat setempat
  2. -          Pada skala kecil-kecilan
  3. -          Mendapat pulangan/ hasil yang kecil
  4. -          Menjadi punca pendapatan keluarga sahaja
  5. -          Menggunakan teknologi rendah/ mudah/ mesin kecil
  6. -          Tenaga kerja yang diperlukan setakat ahli keluarga/ penduduk setempat
  7. -          Menggunakan modal yang kecil
  8. -          Tidak diusahakan secara besar-besaran/ komersial

Skop/bidang kajian
     MAKANAN
a.       Sate
b.      Nasi kandar
c.       Nasi kerabu
d.      Nasi dagang
e.       Kuih muih tradisional
f.       Ikan masin/ ikan kering/ ikan bilis
g.      Keropok/ keropok lekor
h.      Budu
i.        Belacan
j.        Cencalok
k.      Gula melaka
l.        Bahulu
m.    Tempoyak
n.      Cendol
o.      Putu mayam
p.      Nasi ambang ( Johor )                      
        PERKHIDMATAN DAN PERUBATAN
a.       Minyak angin
b.      Minyak urut
c.       Minyak gamat
d.      Mak andam tradisional
e.       Bidan kampung
f.       Bomoh/ manang
g.      Tukang gunting
h.      Pencari madu lebah
i.        Portar
j.        Tukang

.     







.      PERTANIAN
a.       Pekebun ( sayur/ ubi/ keladi/ keledek/ jagung / pisang )
b.      Penoreh getah
c.       Pesawah
d.      Penternak
e.       Nelayan
Pengusaha rumpai laut

.      PERLOMBONGAN
a.       pelombong   emas/ bijih timah/ besi tradisonal

        PERTUKANGAN
a.       Tukang rumah
b.      Tukang jahit
c.       Tukang tenun
d.      Tukang emas/ perak/ tembaga
e.       Tukang besi ( buat parang/ pedang/ pisau / kerambit/ hiasan )
f.       Tukang kasut
g.      Tukang buat kepok batu nesan
h.      Pembuat kompang


      KRAFTANGAN
a.       Pembuat wau
b.      Pengukir mutiara
c.       Pengusaha labu sayung
d.      Anyaman
e.       Karangan laut
f.       Pembuat tikar
g.      Pengusaha bakul
h.      Pengusaha tudung saji
i.        Pembatik
.      PERNIAGAAN KECIL-KECILAN
a.       Penjaja
b.      Peniaga pasar malam
c.    Peniaga pasar tamu/ tani/ pekan sehari
  Pengusaha santan

      




 


1.     

Sunday, 24 February 2013

ELEMEN 1

Sumber internet yang boleh dirujuk :





Banyak bahan untuk elemen 2 yang dapat dirujuk melalui internet .Murid-murid boleh mengklasifikasi maklumat berdasarkan kepada isi-isi yang terdapat di dalam kandungan internet

Didoakan akan dapat disiapkan kerja kursus mengikut Panduan Pemarkahan dan masa yang telah ditetapkan.
TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2013

http://myschoolchildren.com/takwim-peperiksaan-awam-tahun-2013/

Sunday, 17 February 2013



SEJARAH / ASAL USUL KEGIATAN EKONOMI

Sekitar tahun 1820an, Semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanian dan kelautan. Dalam bahagian pertanian, yang terdiri daripada negeri Kedah, Perak, Patani dan Terengganu, terdapat penduduk yang bergantung tetap pada pertanian. Di samping pertanian, mereka turut terlibat di dalam bidang perikanan dan perdagangan. Kedatangan Inggeris telah mewujudkan ekonomi penjajahan di Tanah Melayu.

Pada abad ke-19, kegiatan utama masyarakat Melayu ialah pertanian yang diusahakan dalam dua bentuk tanaman iaitu huma dan sawah. Tanaman huma melibatkan pembersihan hutan untuk satu atau dua musim tanaman; kemudiannya ditinggalkan menjadi hutan semula. Tanaman sawah atau bendang pula melibatkan tanaman padi dan sayur-sayuran serta pokok buah-buahan di kawasan tanah yang berhampiran.

Delta besar dan subur di Kedah mempunyai sejarah awal petempatan petani yang berasaskan tanaman sawah. Keperluan petani adalah sederhana dan mereka menitikberatkan keperluan asas. Ekonomi masyarakat ketika itu adalah berasaskan sara diri. Kegiatan asas pertanian adalah tanaman padi. Tidak semua negeri menghasilkan lebihan. Hanya kawasan lembah yang subur berupaya mengeksport beras ke negara jiran.

Kedah umpamanya membekalkan beras ke Pulau Pinangdan negeri-negeri jiran. Pada suatu ketika, Kedah mengeksport 2,000 koyan beras ke Pulau Pinang, tetapi selepas tahun 1820 eksportnya jatuh kira-kira 100 koyan padi dan 50 koyan beras. Ketika lawatan Frank Swettenham ke Kedah pada tahun 1889, beliau menyatakan bahawa sawah padi di negeri itu adalah lebih luas berbanding negeri lain di Semenanjung.

Tentang kepentingan beras dalam ekonomi Kedah bukan sahaja boleh dilihat dari segi keaktifan perdagangan eksportnya ke negeri-negeri jiran, tetapi turut termaktub di dalam Undang-Undang Kedah sendiri. Daripada empat kanun, dua secara langsung mencerminkan tumpuan kepada pertanian negeri. Kanun kedua iaitu Undang-Undang Datuk Seri Paduka Tuan 1667 menyentuh tentang pelbagai aspek pertanian, khususnya mengenai tanaman padi sawah di samping pembinaan terusan untuk tujuan pengairan.

Pada tahun 1837, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dalam bukunya Kisah Pelayaran Abdullah menyebut bahawa tanaman padi di Kelantan bukan sahaja untuk keperluan dalam negeri tetapi juga dieksport ke Singapura. Petani juga menternak binatang dan dieksport terus ke Singapura dan Thailand. Negeri-negeri lain yang turut menjadi negeri pengeksport pada abad ke-19 ialah Perak dan Terengganu.

Sehingga pertengahan adab ke-19, Selangor mempunyai bekalan beras yang banyak dan tidak perlu mengimportnya. Pencapaian ini adalah usaha pemerintah Sultan Muhammad (1826-1857) yang mewajibkan rakyatnya menanam padi. Namun begitu, perang saudara yang meletus pada tahun 1866 sehingga 1873 mengakibatkan kerosakan sawah padi dan kehilangan besar nyawa yang membawa kepada kemerosotan pengeluaran padi di negeri tersebut ketika itu.




PENGHARGAAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Menulis Penghargaan

Anak-anak yang dikasihi.
Bagaimana untuk menulis penghargaan ?
1.  (MARKAH UNTUK BAHAGIAN PENGHARGAAN ADALAH 3/3- INI BERMAKSUD Murid-murid PERLU MENULIS PENGHARGAAN KEPADA 3@ LEBIH PIHAK YANG TELAH MEMBERIKAN KERJASAMA SEHINGGA KERJA KURSUS INI DAPAT DISEMPURNAKAN.
2. Pihak yang terlibat perlu disebutkan NAMA dan apakah BENTUK kerjasama yang telah diberikan.
3 Bahagikan penghargaan kepada 3 bahagian iaitu
a)Pengenalan
b)Nama penyumbang
c)Penutup ( blh sertakan pantun @ yang sewaktu dengannya.


                                                           PENGHARGAAN


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus sejarah yang bertajuk kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat di Malaysia.. Saya menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran dalam proses untuk menyiapkan kajian ini,Alhamdulillah berkat pertolongan pihak -pihak berikut saya dapat menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan pada tempoh yang ditetapkan

  
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinngi penghargaan dan terima kasih kepada ...................... pengetua SMK ............ kerana telah memberikan saya galakan dan motivasi untuk menyiapkan kerja kursus ini. Dengan motivasi yang tinggi, saya sentiasa bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn Aishah binti Rashid , guru Sejarah tingkatan 3 Bijak . Beliau tanpa jemu telah  memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan sepanjang saya mejalankan kerja kursus Tanpa tunjuk ajar daripada beliau mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini

Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Azman Hamid dan Puan Normah Amirullah atas galakan, sokongan dan bantuan  yang diberikan kepada saya dalam pelbagai bentuk termasuklah bantuan kewangan yang saya perlukan sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini.Ayah telah membawa saya ke tempat kajian dengan kereta beliau.

Terima kasih juga kepada  rakan-rakan  saya iaitu Arman Farhan, Farid Hassan dan Nordin Ahmad yang turut membantu dan berkongsi maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka semua, adalah sukar untuk saya menyiapkan kerja kurus ini.
          Saya juga terhutang budi kepada En Hamidi bin Bakar,pengurus MADA Tunjang atas kerjasama kepada saya dengan memberikan maklumat dan brosur  sehingga saya dapat mengumpul bahan untuk Elemen 1 dan digunakan dalam penulisan kerja kursus dalam Elemen 2.
Hanya Allah sahajalah yang membalas budi baik pihak-pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung sehingga terhasillah hasil kajian Sejarah ini.
                                                     Berkejar-kejaran ombak di laut
                  Menyentuh pantai berpasirbersih
Budi tuan disebut-sebut
           Kerja selesai dan terima kasih.



OBJEKTIF KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang  kegiatan ekonomi tradisional di negara kita Malaysia, mengikut kehendak soalan Lembaga Peperiksaan Malaysia 2013 Kertas Sejarah 21/2.  Saya telah memilih kegiatan ekonomi  penanaman padi sebagai hasil kajian saya. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:
a) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih
Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat dan berguna kepada saya untuk tahap pengajian yang lebih tinggi kelak.

b)Menambah pengetahuan tentang latar belakang atau sejarah awal penanaman padi di Malaysia.Disamping itu saya juga mendapat pengetahuan tentang pengaruh kepada masyarakat dan prospek masa depan penanaman padi di Malaysia.

c)Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat di Malaysia. Usaha  membuat kajian ini,  membolehkan saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku disebalik penanaman padi yang diusahakan oleh masyarakat petani di Malaysia.. Misalnya sepertipenggunaan peralatan dan kaedah berderau  yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia menyedarkan saya bahawa sikap rajin  ,kreatif dan produktif  amat penting pada diri setiap individu.
d) Memupuk semangat patriotik dan perasaan bangga terhadap tanah air Malaysia.Kegiatan ekonomi tradisional yang diusahakan oleh para petani di Malaysia dapat memupuk semangat saya agar cintakan Negara Malaysia yang aman damai yang membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi diusahakan.

(MARKAH 3/3 –Murid-murid perlu menulis 3@ LEBIH KAEDAH untuk mendapatkan markah penuh. )