Monday, 16 May 2011

Elemen 3 -Penerapan Unsur Patriotisme

esei II bagi soalan Elemen 3.
Anak-anak perlu menerapkan unsur patriotisme dalam esei yang ditulis.unsur-unsur ini boleh dirujuk melalui guru-guru dalam PANDUAN PENSKORAN KERJA KURSUS SEJARAH .
Sila gariskan unsur patriotisme yang digunakan.


Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsure patriotisme berdasarkan soalan di bawah. 
Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negarakita?  

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negarakita?  
Pihak Berkuasa Tempatan merupakan kerajaan ketiga dalam pentadbiran negara. Pihak Berkuasa Tempatan merupakan pelaksana dasar di peringkat akar umbi yang secara langsung menyampaikan perkhidmatan kepada warga penduduk tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa intitusi pentadbiran tempatan, misalnya Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah  memainkan peranan yang  tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Pihak berkuasa tempatan perlu menghayati dan menerap unsur-unsur patriotisme  demi memperkukuhkan integrasi nasional.. 
Unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh pihak pentadbiran tempatan  ialah bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa  mengira bangsa dan ugama dan mengamalkan sikap saling hormat menghormati . Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah integrasi  nasional. .
Selain itu, pegawai –pegawai pihak pentadbiran tempatan  sewajarnya mengamalkan sikap  menghormati raja dan pemimpin negara  dan perlu berkelakuan sopan ,bertatasusila dan berhemah tinggi saban masa. Mereka akan menjadi contoh teladan yang sihat kepada orang awam agar bertanggungjawab kepada bangsa dan negara . Hal ini pentingkerana kehormatan  dan sikap bertanggungjawab   menjadi teras integrasi nasional. 
Kakitangan institusi pentadbiran tempatan perlu berlaku adil dan bertimbangrasa. Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama ,telus dan tidak berat sebelah.Hal ini bagi mengelakkan timbulnya perasaan tidak berpuas hati di kalangan penduduk pelbagai kaum dan serterusnya mengugat integrasi nasional.
Undang-undang dan peraturan yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa  tempatan hendaklah munasabah, relevan tidak membebani penduduk tempatan. Dengan ini, rakyat jelata akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara. Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah mempertahan dan menjunjung Perlembagaan Negara .Mereka juga harus bertindak wajar  peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam dan sebarang masalah yang wujud haruslah menjadi prioriti utama pihak berkuasa.Apabila masalah masyarakat dapat dikurangkan , maka masyarakat akan hidup bersatu-padu dan akan wujudlah integrasi nasional yang diimpikan.
Nilai bersefahaman dan bermuafakat merupakan perkara penting bagi menjamin integrasi nasional di kalangan penduduk.Nilai ini dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong dan Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan..Pihak berkuasa tempatan harus berganding bahu membangunkan negara  dengan cara menyokong dan melibatkan diri dalam usaha membangunkan negara.Masalah dan rungutan penduduk dapat diselami oleh pihak berkuasa bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk. dengan semangat muhibbah.
            Konklusinya, unsur-unsur patriotism perlu  menjadi agenda utama  dalam institusi pentadbiran tempatan jika kita ingin memperkukuhkan integrasi nasional.Dalam hal ini pihak pegawai pentadbiran tempatan hendaklah  berilmu dan berberketrambilan dan sedia berkorban untuk bangsa dan negara  serta memberikan iltizam yang   tinggi dalam sebarang  urusan yang melibatkan masyarakat setempat   bagi menjamin integrasi  nasional.

moga dapat dimanfaat.










5 comments: